Sebelum di kuasai oleh British, sistem pemerintahan masyarakat Melayu adalah berbentuk hierarki dimana Raja/Sultan menguasai pentadbiran negeri. Raja-raja mempunyai peranan dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial serta perundangan dalam sesebuah kerajaan. Baginda akan dibantu oleh para pembesar yang dilantik. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 telah mengubah kedudukan kuasa pemerintahan Raja/Sultan. Perjanjian Pangkor ini juga telah mengubah sistem politik tradisional kepada sistem politik baru dibawah pentadbiran British.
1. POLITIK.
Bermulanya perubahan dalam kedudukan kuasa Raja apabila sistem residen dilaksanakan pada tahun 1874. Seorang residen ditempatkan di sebuah negeri sebagai penasihat, namun hakikatnya residen telah mengambil alih kuasa Raja. Dibawah sistem Residen wujudnya satu institusi iaitu Majlis Mesyuarat Negeri( badan perundangan).
Kesemua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh residen. Ini menyebabkan Raja kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun Raja/Sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen.
Perbentukkan persekutuan pada 1896 telah menghakis kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu kerana Persekutuan ini memusatkan kuasa pentadbiran kepada Residen Jeneral. Pada 1909, British telah membentuk Dewan Bersekutu menggantikan persekutuan. Kewujudan Dewan Bersekutu ini semakin menghilangkan lagi kedudukan kuasa pemerintahan Raja/Sultan kerana dalam Dewan Bersekutu ini, Raja-Raja Melayu hanya menjadi anggota biasa yang setarafdengan pegawai tidak rasmi.
Kekuasaan Raja/Sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Selain itu, Raja-Raja Melayu turut kehilangan kuasa mutlak dimana Raja-raja melayu hanya berkuasa dalam adat istiadat Perkahwinan,Agama Islam dan Kesenian sahaja. Pengenalan sistem perundangan baru yang mengikut sistem undang-undang barat menyebabkan kuasa mutlak Raja/Sultan dalam menjatuhkan hukuman telah hilang dan ianya berada dibawah kawalan British.
2. EKONOMI.
Kuasa Raja/Sultan dalam ekonomi telah hilang apabila sistem residen dilaksanakan. Pegawai-pegawai British telah mengambil alih tugas mengutip cukai daripada pembesar yang dilantik oleh Raja/Sultan. Urusan import-eksport juga tidak lagi berada dibawah kekuasaan sultan, sebaliknya British yang menguasainya. Hasil ekonomi tidak lagi dikuasai oleh Raja/Sultan dan Raja-Raja Melayu telah kehilangan sumber pendapatan utama mereka.
3. SOSIAL.
British telah menghapuskan sistem penghambaan yang menjadi lambang kekuasaan bagi seseorang Raja/Sultan. Penghapusan ini menunjukkan kuasa Raja/Sultan dalam pemerintahan telah terhakis. Raja /Sultan hanya diperalatkan bagi menjamin kepentingan kolonial British.
Kehadiran kolonial British ini menyebabkan kedudukan kuasa Raja-Raja Melayu dalam pemerintahan mengalami perubahan. Perjanjian Pangkor 1874 adalah titik permulaan bagi campurtangan secara rasmi British di negeri-negeri tanah Melayu. Semua dasar yang diperkenalkan oleh British semakin menghilangkan kuasa Raja/Sultan terutamanya Malayan Union. Kuasa Raja-Raja Melayu terhad kepada hal berkaitan adat istiadat dan agama Islam sahaja semasa campur tangan British ke Tanah Melayu.