Masyarakat Melayu Tradisional merupakan golongan masyarakat yang hidup secara berkelompok dan menetap di kawasan sungai dan pedalaman. Sebelum kedatangan Islam, Masyarakat Melayu Tradisional mengamalkan kepercayaan fahaman animisme dan agama Hindhu-Budha. Setelah kedatangan Islam, segala perkara yang bertentangan dengan agama Islam ditinggalkan dan masyarakat Melayu mula memeluk Islam yang berpandukan Al-quran dan Hadis.
1. KEPERCAYAAN ANIMISME.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu Tradisional percaya kepada kuasa-kuasa ghaib dan makhluk-makhluk halus kerana mereka percaya bahawa ianya mempunyai semangat yang perlu dihormati dan dipuja oleh mereka. Selain itu, mereka juga percaya kepada peranan orang perantaraan iaitu individu yang boleh berkomunikasi dengan kuasa ghaib/makhluk halus. mereka percaya orang biasa tidak mampu untuk berhubung dengan kuasa-kuasa ini.
Orang perantaraan ini terdiri daripada omoh,dukun atau pawang yang boleh memberi jampi serapah,azimat,tangkal yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu Tradisional sebagai pelindung mereka. Antara alatan yang dipuja ialah keris, cangkul, limau purut, daun sireh, dan bunga bungaan kerana ianya penting untuk pemujaan dan perubatan. kepercayaan animisme sangat kuat dalam kalangan Masyarakat Melayu Tradisional dimana mereka percaya roh dan smeangat mampu memberi kesan baik(kesihatan,murah rezeki) dan kesan yang buruk( bencana alam, malapetaka,penyakit) ke atas kehidupan mereka.
Oleh itu, pelbagai upacara pemujaan dilakukan bagi menjaga ketenteraaman kuasa-kuasa ghaib, makhluk halus dan kuasa semangat ini dari mengganggu masyarakat setempat.
Mereka juga percaya gunung-gunung, pokok-pokok besar,sungai,laut,dan tasik perlu dipuja dan disembah untuk menjaga kepentingan mereka. hal ini kerana, jika semangat roh ini tidak dijaga dengan baik, ianya boleh membawa kerugian kepada mereka.
2. BUDAYA.
Mahmud Ahmad (1960) menjelaskan bahawa kebudayaan ialah cara hidup sehari-hari iaitu bagaimana sesuatu bangsa melaksanakan penghidupannya dari satu masa ke satu masa yang lain. Pembudayaan merujuk kepada proses penerapan unsur-unsur budaya supaya seseorang bertindak dalam lingkungan peraturaan, norma dan nilai masyarakatnya( Nadiah bt Abdul Rahman, Priscilla Law Nguik Hung,2008: 70).