BAB 3 SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL.
Secara umumnya, Masyarakat Melayu Tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki dimana ianya dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu:
1. Golongan yang Memerintah.
2. Golongan yang Diperintah.
Fungsi utama golongan bawahan adalah dari segi moral, fizikal dan tradisi kemasyarakatan untuk menyokong institusi beraja dan pembesar dalam seluruh rangka sistem organisasi kerajaan.Golongan pemerintah akan menyediakan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat, sebagai balasan rakyat akan menyerahkan taat setia dan menyumbang tenaga kepada golongan pemerintah.
1. SULTAN:
2. KERABAT DIRAJA
3. GOLONGAN PEMBESAR.
a.) pembesar yang menjalankan tugas di dalam istana(mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Sultan).
b.) pembesar yang menjalankan tugas diluar istana.(diberikan sebuah daerah untuk mentadbir melaui pemberian surat tauliah sebagai bukti beliau wakil Sultan).
4. Golongan yang Diperintah
*Terbahagi kepada dua iaitu golongan Merdeheka dan golongan Hamba.
1. Golongan Merdeheka.
A.) Rakyat biasa- merupakan penduduk peribumi yang duduk bermastautin tetap di negeri tersebut yang menjadi penggikut setia kepada pembesar yang mentadbir daearah atau kawasan jajahan.
- Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing.
b.) Orang Asing.- merupakan orang bukan Melayu yang datang ke TM untuk tujuan tertentu.
-tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke tanah air mereka setelah urusan selesai.
-terdiri daripada pedagang, perantau,santeri dan mubaligh.
5.GOLONGAN HAMBA
a.) menyediakan tenaga manusia bagi melakukan elbbagai aktiviti dalam masyarakat.
b.) menyumbang tenaga bagi menambahkan harta tuannya.
c.) menjadi pegawai kepada tuannya.
d.) menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.
i. Hamba lelaki- melakukan semua jenis pekerjaan samada berat/ringan
ii. Hamba perempuan- melakukan kerja-kerja ringan di dalam rumah (memasak,mengangkat air)
1. Hamba Biasa (hamba abdi-melakukan kerja berat, hamba yang dibeli, dan biduanda.)
2. Hamba Berhutang- orang yang menjadi hamba kerana tidak dapat membayar hutang dan akan menjadi hamba kepada pemiutang sehingga hutang selesai.
3. Hamba Raja.- terdiri daripada tawanan perang atau banduan yang mendapat pengampunan.
Dalam stuktur masyarakat Melayu Tradisional ini, setiap lapisan sedar akan kedudukan masing-masing. Mereka akan menjalankan tugas dan peranan sesuai dengan kedudukan mereka.
Namun, kedatangan British telah merombak sistem sosial atau susun lapis masyarakat Melayu tradisional.
Secara umumnya, Masyarakat Melayu Tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki dimana ianya dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu:
1. Golongan yang Memerintah.
- Raja.
- Pembesar.
2. Golongan yang Diperintah.
- Rakyat biasa.
- Hamba.
Fungsi utama golongan bawahan adalah dari segi moral, fizikal dan tradisi kemasyarakatan untuk menyokong institusi beraja dan pembesar dalam seluruh rangka sistem organisasi kerajaan.Golongan pemerintah akan menyediakan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat, sebagai balasan rakyat akan menyerahkan taat setia dan menyumbang tenaga kepada golongan pemerintah.
1. SULTAN:
- Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat Melayu.
- Memerintah seluruh negeri dan jajahan takluknya.
- Dianggap sebagai Dewa sebelum kedatangan Islam.
- Setelah kedatangan Islam, raja ditukar gelaran kepada Sultan dan dianggap sebagai khalifah Allah.
- Dianggap istimewa berbanding rakyat (penggunaan bahasa istana, penggunaan warna kuning dan penggunaan alat-alat kebesaran.
- Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak istimewa. Titah perintah bagginda mesti dipatuhi dan sekiranya rakyat ingkar dianggap sebagai menderhaka dan akan terkena tulah.
- Dilantik melalui upacara pertabalan dimana Raja yang mangkat akan digantikan oleh putera lelaki sulung yang dilahirkan oleh isteri pertama yang berketurunan raja sahaja atau adik lelaki sulung sekiranya Raja/Sultan tiada anak lelaki.
- Di Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh Undang Berempat manakala di negeri Perak pula menegamalkan sistem penggiliran.
2. KERABAT DIRAJA
- Berada di kedudukan lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat melayu tradisional
- Mempunyai hubungan yang rapat dengan sultan dan pengaruhnya sangat besar didalam istana.
- Diberi beberapa keistimewaan seperti menggunakan bahasa dalaman tetapi tidak boleh memiliki keistimewaan yang ada pada Sultan.
3. GOLONGAN PEMBESAR.
- Menduduki lapisan ketiga setelah kerabat diraja dalam susun lapis masyarakat melayu tradisional.
- Juga dikenali sebagai ‘keturunan baik-baik’ atau ‘anak baik-baik’.
- Gologan pembesar terbahagi kepada dua iaitu kerabat diraja dan bukan kerabat diraja( mendapat jawatan atas jasa yang dilakukan/ dianugerahkan oleh Raja/Sultan).
- Pembesar yang mentadbir boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
a.) pembesar yang menjalankan tugas di dalam istana(mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Sultan).
b.) pembesar yang menjalankan tugas diluar istana.(diberikan sebuah daerah untuk mentadbir melaui pemberian surat tauliah sebagai bukti beliau wakil Sultan).
- Tugas utama pembesar adalah menjaga keamanan dan memungut cukai, menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka, dan membekalkan tenaga buruh kepada Raja melalui sistem serah dan kerah.
- Penghulu memainkan perranan di kampung untuk menjaga keamanan kampung, memastikan ketaatsetiaan rakyat kepada Sultan dan melaksanakan tugas yang dikehendaki oleh pembesar.
- Golongan ulama juga tergolong dala golongan pembesar.( merupakan golongan cerdik pandai yang pakar dalam hal ehwal agama Islam.) memegang jawatan sebagai kadi.mufti,imam,khatib dan guru agama.
- Golongan ulama memainkan peranan penting iaitu menasihati Raja/Sultan tentang hukum syarak dan hal ehwal agama.
4. Golongan yang Diperintah
*Terbahagi kepada dua iaitu golongan Merdeheka dan golongan Hamba.
1. Golongan Merdeheka.
- Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.
A.) Rakyat biasa- merupakan penduduk peribumi yang duduk bermastautin tetap di negeri tersebut yang menjadi penggikut setia kepada pembesar yang mentadbir daearah atau kawasan jajahan.
- Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing.
b.) Orang Asing.- merupakan orang bukan Melayu yang datang ke TM untuk tujuan tertentu.
-tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke tanah air mereka setelah urusan selesai.
-terdiri daripada pedagang, perantau,santeri dan mubaligh.
5.GOLONGAN HAMBA
- Menduduki hierarki yang paling rendah dalam susun lapis sosial masyarakat Melayu.
- Bilangan golongan hamba ini ramai namun mereka dikawal dengan ketat dan rapi oleh tuan mereka.
- Fungsi hamba adalah menyediakan tenaga kerja manusia bagi menjalankan pelbagai kerja samada ringan atau berat.
- Peranan Hamba adalah :
a.) menyediakan tenaga manusia bagi melakukan elbbagai aktiviti dalam masyarakat.
b.) menyumbang tenaga bagi menambahkan harta tuannya.
c.) menjadi pegawai kepada tuannya.
d.) menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.
- Terdapat dua jenis hamba dalam Masyarakat melayu Tradisional,iaitu;
i. Hamba lelaki- melakukan semua jenis pekerjaan samada berat/ringan
ii. Hamba perempuan- melakukan kerja-kerja ringan di dalam rumah (memasak,mengangkat air)
- Hamba juga dibahagikan kepada tiga kumpulan utama: