• Refleksi Saya
  • Blog
  • About
  • Contact
  • Tentang Saya
  • Tugasan Saya
  • Blog Pendidikan

Refleksi Minggu ke-12

12/18/2014

1 Comment

 
Dalam kelaskelas tutorial Teknologi Pendidikan bagi minggu ini, Dr Fariza telah mengingati kami mengenai tugasan individu dan berkumpuan yang perlu kami siapkan untuk perbentangan akhir.  Tugasan yang perlu kami lakukan adalah cover buku, model 3d, penulisan ilmih berkumpulan dan video. Tugasan-tugasan ini merupakan tugasan yang perlu kami lakukan untuk kursus dalam teknologi pendidikan ini. Dr Fariza juga mengedarkan kepada kami beberapa contoh penulisan ilmiah dan cover buku dari senior kami sebagai gambaran untuk kami dapat melakukan tugasan tersebut, Sememangnya, setelah Dr Fariza menunjukkan kami beberapa contoh penulisan dan cover buku tersebut, saya telah mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tugasan yang perlu saya lakukan. Setelah itu, Dr Fariza juga menunjukkan cara kepada kami untuk memasukkan CBOX ke dalam Weebly. CBOX ini membolehkan penulis blog berbalas komen dan bersembang(chat) dengan para pembaca blog.
 


Pada minggu ini juga, Dr Fariza mengajar kami mendaftar Academia untuk membolehkan kami melakukan perkongsian ilmiah dengan kesemua kumpulan akademik baik di dalam negara mahupun luar negara. 
1 Comment

Minggu ke-11

12/18/2014

0 Comments

 
Refleksi bagi minggu ke-11 ini tidak dapat saya lakukan dimana pada minggu ini, kelas tutorial dan kuliah teknologi pendidikan dibatalkan. Apa yang dilakukan pada saya minggu ini adalah pergi membeli barang kelengkapan untuk membuat Model 3D dan mula melakukan model sedikit demi sedikit.
0 Comments

Refleksi Minggu ke-10

12/18/2014

0 Comments

 
Untuk refleksi bagi kelas tutorial pada minggu ini  , kami diingatkan semula oleh Dr Fariza mengenai story board yang perlu kami siapkan untuk melengkapkan tugasan video kumpulan masing-masing. Selepas itu, Dr Fariza telah memberikan sedikit penerangan tentang cara ingin mengambil gambar dengan betul. Kerana, pada minggu ini kelas kami mempunyai sesi mengambil gambar  untuk digunakan didalam pembuatan kulit buku bagi tugasan kami. Dr Fariza telah mengajar bagaiman caranya untuk mengambil gambar dengan betul bagi menghasikan gmabar yang cantik dan lebih  dramatik. Cara yang betul untuk mengambil gambar antaranya ialah :

1. look at eyes

2. use plain background

3. use flash outdoors

4. more in close

5. more it from the middle

6. lock the focus

7. watch the light

8. take some vertical pictures

9. be a director

Setelah selesai penerangan oleh Dr Fariza mengenai cara mengambil gambar dengan betul, Dr Fariza memberikan runag kepada kami selama 30 minit untuk mengambil gambar sendiri dimana kami perlu mengaplikasikan teknik mengambil gambar dengan betul seperti yang telah diajar olehnya.  Setelah selesai mengambil gambar masing-masing, penilaian dilakukan dimana dr fariza menunjukkan beberapa gambar yang iambil oleh rakan sekelas dan memberi komen untuk proses pembetulan supaya kami dappat tahu cara dan sudut yang tepat untuk kami mengambil gambar. Contohnya rule of third. Selain itu, dr fariza juga memberi penjelasan mengenai kerja berkumpulan kami yang seterusnya iaitu  penulisan ilmiah berkumpulan. Dr Fariza memberikan 5 tajuk untuk penulisan kumpulan dan meminta kami untuk membahagikan kumpulan sendiri. Setelah itu, kami semua  berbincang tentang tajuk yang ingin dipilih. Kami telah melakukan pengundian untuk tajuk kumpulan di akhir kelas supaya lebih adil dan kumpulan saya telah mendapat tajuk 'Facebook dalam Pembelajaran'.

0 Comments

REFLEKSI MINGGU 9.

12/18/2014

0 Comments

 
Pada minggu ini, di kelas tutorial pendidikan kami di ajar oleh En Yusoof mengenai powerpoint design. penggunaan aplikasi ini penting dalam menghasilkan slide perbentangan yang menarik. En Yusof juga menekankan kepada aspek menjaga warna dan grafik bagi memastikan penonton atau peajar dapat membaca dan melhat slide perbentangan kita dengan kemas dan teliti. Hal ini kerana, jika penggunaan warna tidak betul, kesan grafiknya tidak menarik dan membosankan para pendengar. En Yusof juga banyak menunjukkan contoh design powerpoint yand terdapat yang membolehkan kita menghasilkan powerpoint yang cantik.

0 Comments

Refleksi Minggu ke-8

12/18/2014

0 Comments

 
Pada minggu ini kelas tutorial dibatalkan. Olleh itu, saya hanya akan berkongsi serba sedikit mengenai refleksi saya di dalam kelas Teknologi Pendidikan sahaja.  Dalam kelas Teknnologi Pendidikan pada minggu ini, kami di ajar mengenai elemen Grafik oleh En Yusof. Selain itu, kami juga diajar mengenai Prinsip Reka Bentuk Visual seperti Simpisiti, Dominan, Pola, Seimbang, Variasi dan juga Harmoni. Ilmu ini amat berguna kepada kami dalam menghasilkan elemen grafik yang menarik.


Sekian sahaja refleksi dalam kelas dari saya untuk minggu ini, ^^
0 Comments

Refleksi Minggu ke-7

12/5/2014

2 Comments

 
Picture
Tidak lupa untuk memberi salam terlebih dahulu kepada pembaca kesayangan saya.. Assalammualaikum dan Salam Sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.

Refleksi bagi kelas tutorial saya pada minggu ke tujuh ini digantikan dengan refleksi kelas Teknologi Pendidikan disebabkan kelas tutorial saya pada minggu ini dibatalkan.. hal ini kerana, Dr Fariza yang merupakan tutor kami bagi kelas tutorial berada di Jepun. Kuliah pada minggu ini, dijalankan oleh Dr Ahmad Zamri.  Dr Ahmad Zamri telah memberikan syarahan kepada kami  mengenai Effective Presentation. Dr Ahmad Zamri menjalankan proses P&P nya menggunakan sebuah aplikasi 'mind mapping'  . 
















Selain itu, beliau turut mengajar kami tentang cara untuk melakukan 
perbentangan secara kumpulan yang lebih berkesan dengan menggunakkan google drive. Dengan menggunakan presentation di dalam google drive, kumpulan tersebut tidak perlu untuk menyatukan atau menggabungkan slide lagi kerana setiap ahli kumpulan tersebut boleh mengedit dan mengakses slide perbentangan mereka.  Selain itu, sekiranya setiap ahli kumpulan berada di tempat yang berlainan, mereka tetap boleh melakukan dan menyiapkan slide perbentangan mereka masing-masing.



2 Comments

Refleksi Minggu ke-6

12/5/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum ,

Seperti biasa, di setiap minggu kami perlu menulis refleksi mengenai 
pembelajaran kami dalam kursus Teknlogi dalam Pendidikan. Bagi refleksi
 minggu ke enam ini, kelas tutorial dibatalkan, oleh itu,saya akan membuat refleksi dalam kuliah kelas teknologi Pendidikan yang disyarahkan oleh Dr Yusof. Pada minggu ini, Dr Yusof telah memberi pendedahan kepada kami mengenai Grafik dan Powerpoint. Grafik adalah sangat penting dalam pembelajaran dimana kita perlu menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang tertentu untuk menyampaikan sesuatu mesej  dengan jelas. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas.  Dr yusof telah menekankan kepada konsep asas grafik dimana grafik dibahagikan kepada beberapa asas tersebut,iaitu:

1. Ruang.

2. Dimensi (2D atau 3D).

3.Warna.

4. Garisan.

5. Jalinan atau Permukaan

0 Comments

Refleksi Minggu ke-5

12/5/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum…

 Refleksi bagi kelas tutorial teknologi pendidikan pada minggu ini adalah mengenai  mengenai topik "Educational Techonology dan Instructional Techonology". Saya telah diberi pendedahan oleh Dr Fariza di kelas tutorial beliau tentang perbezaan di antara Educational Techonology dan juga Instructional Techonology. Beliau jjuga  turut menerangkan tentang domain-domain yang penting di dalam Educational Techonology.

Di kelas tutorial pendidikan pada minggu ini , Dr Fariza  telah memberikan lima tajuk kepada setiap kumpulan yang ahlinya terdiri daripada 3 hingga 4 orang. Tajuk-tajuk ini dibahagikan kepada kumpulan tertentu dimana kami perlu melakukan perbincangan bersama ahli kumpulan dan membentangkan mengenai tajuk kami di dalam kelas itu. Antara lima tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Papan putih, LCD , Graf , Poster dan Iklan. Kumpulan saya terdiri daripada 3 orang ahli iaitu saya sendiri , Siti NorSalihah dan juga Iklil. Kumpulan saya telah mendapat tajuk Poster dan dari perbincangan yang dilakukan bersama ahli kumpulan, kami telah dapat mengkategorikan penggunaan Poster secara efektif,iaitu:

1. Menggunakan saiz fon  yang besar dan jelas. Terutamanya pada tajuk.

2. Menggunakan warna yang menarik untuk menarik minat pembaca.

3. Menggunakan nota yang pendek tapi padat untuk memudahkan para pembaca memahaminya.

4. Poster dihasilkan dari kertas yang berkualiti atau dilaminated supaya tahan lama dan tidak cepat musnah.

5. Poster diletakkan di tempat tumpuan orang ramai.



kegunaan poster ini juga memberi kemudahan untuk pelajar dimana mereka akan lebih memahami mesej yang cuba disampaikan kepada mereka.
dalam memberi pengajaran kepada murid, sebagai guru, kita seharusnya sedar perubahan yang berlaku seperti teknologi yang semakin bertambah dan perlu menjadi lebih kreatif untuk memberi kesan positif dimana pelajar dapat memahami maklumat dan nilai murni yang ingin disampaikan kepada mereka. 
0 Comments

Refleksi Minggu ke-4... ^_^

12/4/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum buat pembaca sekalian…

Refleksi bagi kelas tutorial Teknologi Pendidikan akan saya gantikan dengan kuliah yang dijalankan oleh Dr Fariza di kelas Teknologi Pendidikan. Hal ini kerana, refleksi bagi kelas tutorial teknologi pendidikan tidak dapat saya laukan ekoran kelas tutorial kami dibatalkan pada petang itu. Sesi kelas yang selama 1 jam ini memberi pendedahan kepada saya mengenai Web 2.0. hal ini kerana, di kelas Teknologi Pendidikan, Dr Fariza telah mengajar kami mengenai Web 2.0 ini. Web 2.0 ini merupakan teknologi yang digunakan pada masa kini seperti facebook, blog, twitter, dan Wikipedia. Web 2.0 adalah seperti alat komunikasi secara maya iaitu komunikasi secara dua hala. Web 2.0 merupakan inovasi daripada web 1.0 yang digunakan sebelum ini. Ekoran kemajuan teknologi pada masa kini, web 2.0 memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya dalam perhubungan dua hala seperti facebook dan twitter yang terkenal di masa ini dalam kalangan remaja terutamanya.

Diharap para pembaca mendapat sedikit maklumat mengenai Web 2.0 ini.  Sebarang komen daripada pembaca-pembaca blog saya adalah sangat di alu-alukan…  :)


0 Comments

    Amalina Hashim

    Hashim&Rohani's daughter!! 
    Still a student :) 
    FPEND/UKM 

    Picture

    Archives

    December 2014
    October 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    Blog rakan-rakan...

    Anis Aqilah Kamal_
    Rozie Adenan_
    Siti Nor Wahida Rosli_
    Nur Amanina Bte Khairuddin_
    Aida Affandi_
    NUr Thaqifah Mohd Tahir_
    Norafiza binti Azizan_
    NorSyazwani Bt Mahadi_
    Nurul Izatul Afzan bt Ariffam_
    Muhd Saufi bin Abuzaki_
    Nurul Hafizah bt Sabtu_
    Jenny Kalairasi_
    NurSuzawani Sudin_
    Iklil Kamarul Zaman_
    Siti NorSalihah Zulkarnain_
    AlMuhdi bin Sawal_
    Nurul Farah Suzana_
    Nur Suria Rustiy Hatiekal Roslan_
    Muhsin Ablah_
    Dr Fariza Khalid

Powered by Create your own unique website with customizable templates.