• Refleksi Saya
  • Blog
  • About
  • Contact
  • Tentang Saya
  • Tugasan Saya
  • Blog Pendidikan

KEDUDUKAN KUASA PEMERINTAHAN RAJA-RAJA MELAYU SELEPAS KEDATANGAN KOLONIAL BRITISH KE TANAH MELAYU.

12/18/2014

0 Comments

 
Sebelum di kuasai oleh British, sistem pemerintahan masyarakat Melayu adalah berbentuk hierarki dimana Raja/Sultan menguasai pentadbiran negeri. Raja-raja mempunyai peranan dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial serta perundangan dalam sesebuah kerajaan. Baginda akan dibantu oleh para pembesar yang dilantik. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 telah mengubah kedudukan kuasa pemerintahan Raja/Sultan. Perjanjian Pangkor ini juga telah mengubah sistem politik tradisional kepada sistem politik baru dibawah pentadbiran British.




1. POLITIK.
   
     Bermulanya perubahan dalam kedudukan kuasa Raja apabila sistem residen dilaksanakan pada tahun 1874. Seorang residen ditempatkan di sebuah negeri sebagai penasihat, namun hakikatnya residen telah mengambil alih kuasa Raja. Dibawah sistem Residen wujudnya satu institusi iaitu Majlis Mesyuarat Negeri( badan perundangan).
   
   Kesemua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh residen. Ini menyebabkan Raja kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun Raja/Sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen. 
Perbentukkan persekutuan pada 1896 telah menghakis kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu kerana Persekutuan ini memusatkan kuasa pentadbiran kepada Residen Jeneral. Pada 1909, British telah membentuk Dewan Bersekutu menggantikan persekutuan. Kewujudan Dewan Bersekutu ini semakin menghilangkan lagi kedudukan kuasa pemerintahan Raja/Sultan kerana dalam Dewan Bersekutu ini, Raja-Raja Melayu hanya menjadi anggota biasa yang setarafdengan pegawai tidak rasmi. 


    Kekuasaan Raja/Sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Selain itu, Raja-Raja Melayu  turut kehilangan kuasa mutlak dimana Raja-raja melayu hanya berkuasa dalam adat istiadat Perkahwinan,Agama Islam dan Kesenian sahaja. Pengenalan sistem perundangan baru yang mengikut sistem undang-undang barat menyebabkan kuasa mutlak Raja/Sultan dalam menjatuhkan hukuman telah hilang dan ianya berada dibawah kawalan British.




2. EKONOMI.


    Kuasa Raja/Sultan dalam ekonomi telah hilang apabila sistem residen dilaksanakan. Pegawai-pegawai British telah mengambil alih tugas mengutip cukai daripada pembesar yang dilantik oleh Raja/Sultan. Urusan import-eksport juga tidak lagi berada dibawah kekuasaan sultan, sebaliknya British yang menguasainya. Hasil ekonomi tidak lagi dikuasai oleh Raja/Sultan dan Raja-Raja Melayu telah kehilangan sumber pendapatan utama mereka. 



3. SOSIAL.


     British telah menghapuskan sistem penghambaan yang menjadi lambang kekuasaan bagi seseorang Raja/Sultan. Penghapusan ini menunjukkan kuasa Raja/Sultan dalam pemerintahan telah terhakis. Raja /Sultan hanya   diperalatkan bagi menjamin kepentingan kolonial British.





Kehadiran kolonial British ini menyebabkan kedudukan kuasa Raja-Raja Melayu dalam pemerintahan mengalami perubahan. Perjanjian Pangkor 1874 adalah titik permulaan bagi campurtangan secara rasmi British di negeri-negeri tanah Melayu. Semua dasar yang diperkenalkan oleh British semakin menghilangkan kuasa Raja/Sultan terutamanya Malayan Union. Kuasa Raja-Raja Melayu terhad kepada hal berkaitan adat istiadat dan agama Islam sahaja semasa campur tangan British ke Tanah Melayu.
0 Comments

SISTEM KEPERCAYAAN, BUDAYA DAN AGAMA MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL HINGGA ABAD KE-19..

12/18/2014

0 Comments

 
Masyarakat  Melayu Tradisional merupakan golongan masyarakat yang hidup secara berkelompok dan menetap di kawasan sungai dan pedalaman. Sebelum kedatangan Islam, Masyarakat Melayu Tradisional mengamalkan kepercayaan fahaman animisme dan agama Hindhu-Budha. Setelah kedatangan Islam, segala perkara yang bertentangan dengan agama Islam ditinggalkan dan masyarakat Melayu mula memeluk Islam yang berpandukan Al-quran dan Hadis.

1. KEPERCAYAAN ANIMISME.

     Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu Tradisional percaya kepada kuasa-kuasa ghaib dan makhluk-makhluk halus kerana mereka percaya bahawa ianya mempunyai semangat yang perlu dihormati dan dipuja oleh mereka. Selain itu, mereka juga percaya kepada peranan orang perantaraan iaitu individu yang boleh berkomunikasi dengan kuasa ghaib/makhluk halus. mereka percaya orang biasa tidak mampu untuk berhubung dengan kuasa-kuasa ini.
       
      Orang perantaraan ini terdiri daripada omoh,dukun atau pawang yang boleh memberi jampi serapah,azimat,tangkal yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu Tradisional sebagai pelindung mereka. Antara alatan yang dipuja ialah keris, cangkul, limau purut, daun sireh, dan bunga bungaan kerana ianya penting untuk pemujaan dan perubatan. kepercayaan animisme sangat kuat dalam kalangan Masyarakat Melayu Tradisional dimana mereka percaya roh dan smeangat mampu memberi kesan baik(kesihatan,murah rezeki) dan kesan yang buruk( bencana alam, malapetaka,penyakit) ke atas kehidupan mereka. 
Oleh itu, pelbagai upacara pemujaan dilakukan bagi menjaga ketenteraaman kuasa-kuasa ghaib, makhluk halus dan kuasa semangat ini dari mengganggu masyarakat setempat. 

      Mereka juga percaya gunung-gunung, pokok-pokok besar,sungai,laut,dan tasik perlu dipuja dan disembah untuk menjaga kepentingan mereka. hal ini kerana, jika semangat roh ini tidak dijaga dengan baik, ianya boleh membawa kerugian kepada mereka. 



2. BUDAYA.

Mahmud Ahmad (1960) menjelaskan bahawa kebudayaan ialah cara hidup sehari-hari iaitu bagaimana sesuatu bangsa melaksanakan penghidupannya dari satu masa ke satu masa yang lain.  Pembudayaan merujuk kepada proses penerapan unsur-unsur budaya supaya seseorang bertindak dalam lingkungan peraturaan, norma dan nilai masyarakatnya( Nadiah bt Abdul Rahman, Priscilla Law Nguik Hung,2008: 70).



0 Comments

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

12/11/2014

0 Comments

 
BAB 3 SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL.

Secara umumnya, Masyarakat Melayu Tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki dimana ianya dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu:

1.   Golongan yang Memerintah.

  •  Raja.

  • Pembesar.

2.    Golongan yang Diperintah.

  •  Rakyat biasa.

  •   Hamba.

Fungsi utama golongan bawahan adalah dari segi moral, fizikal dan tradisi kemasyarakatan untuk menyokong institusi beraja dan pembesar dalam seluruh rangka sistem organisasi kerajaan.Golongan pemerintah akan menyediakan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat, sebagai balasan rakyat akan menyerahkan taat setia dan menyumbang tenaga kepada golongan pemerintah.



 

1. SULTAN:

  •  Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat Melayu.

  •   Memerintah seluruh negeri dan jajahan takluknya.

  •  Dianggap sebagai Dewa sebelum kedatangan Islam.

  •   Setelah kedatangan Islam, raja ditukar gelaran kepada Sultan dan dianggap sebagai khalifah Allah.

  •  Dianggap istimewa berbanding rakyat (penggunaan bahasa istana, penggunaan warna kuning dan penggunaan alat-alat kebesaran.

  • Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak istimewa. Titah perintah bagginda mesti dipatuhi dan sekiranya rakyat ingkar dianggap sebagai menderhaka dan akan terkena tulah.

  • Dilantik melalui upacara pertabalan dimana Raja yang mangkat akan digantikan oleh putera lelaki sulung yang dilahirkan oleh isteri pertama yang berketurunan raja sahaja atau adik lelaki sulung sekiranya Raja/Sultan tiada anak lelaki.

  •   Di Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh Undang Berempat manakala di negeri Perak pula menegamalkan sistem penggiliran.

2. KERABAT DIRAJA

  •  Berada di kedudukan lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat melayu tradisional

  •  Mempunyai hubungan yang rapat dengan sultan dan pengaruhnya sangat besar didalam istana.

  •  Diberi beberapa keistimewaan seperti menggunakan bahasa dalaman tetapi tidak boleh memiliki keistimewaan yang ada pada Sultan.

3. GOLONGAN PEMBESAR.

  •  Menduduki lapisan ketiga setelah kerabat diraja dalam susun lapis masyarakat melayu tradisional.

  •  Juga dikenali  sebagai ‘keturunan baik-baik’ atau ‘anak baik-baik’.

  •  Gologan pembesar terbahagi kepada dua iaitu kerabat diraja dan bukan kerabat diraja( mendapat jawatan atas jasa yang dilakukan/ dianugerahkan oleh Raja/Sultan).

  •  Pembesar yang mentadbir boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

a.) pembesar yang menjalankan tugas di dalam istana(mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Sultan).

b.) pembesar yang menjalankan tugas diluar istana.(diberikan sebuah daerah untuk mentadbir melaui pemberian surat tauliah sebagai bukti beliau wakil Sultan).

  •  Tugas utama pembesar adalah menjaga keamanan dan memungut cukai, menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka, dan membekalkan tenaga buruh kepada Raja melalui sistem serah dan kerah.

  •  Penghulu memainkan perranan di kampung untuk menjaga keamanan kampung, memastikan ketaatsetiaan rakyat kepada Sultan dan melaksanakan tugas yang dikehendaki oleh pembesar.

  •  Golongan ulama juga tergolong dala golongan pembesar.( merupakan golongan cerdik pandai yang pakar dalam hal ehwal agama Islam.) memegang jawatan sebagai kadi.mufti,imam,khatib dan guru agama.

  • Golongan ulama memainkan peranan penting iaitu menasihati Raja/Sultan tentang hukum syarak dan hal ehwal agama.

4. Golongan yang Diperintah

*Terbahagi kepada dua iaitu golongan Merdeheka dan golongan Hamba.

1. Golongan Merdeheka.

  • Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.

 A.) Rakyat biasa- merupakan penduduk peribumi yang duduk bermastautin tetap di negeri tersebut yang menjadi penggikut setia kepada pembesar yang mentadbir daearah atau kawasan jajahan.

- Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing.

b.) Orang Asing.- merupakan orang bukan Melayu yang datang ke TM untuk tujuan tertentu.

-tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke tanah air mereka setelah urusan selesai.

-terdiri daripada pedagang, perantau,santeri dan mubaligh.

 

5.GOLONGAN HAMBA

  •  Menduduki hierarki yang paling rendah dalam susun lapis sosial masyarakat Melayu.

  •   Bilangan golongan hamba ini ramai namun mereka dikawal dengan ketat dan rapi oleh tuan mereka.

  • Fungsi hamba adalah menyediakan tenaga kerja manusia bagi menjalankan pelbagai kerja samada ringan atau berat.

  •  Peranan Hamba adalah :

a.) menyediakan tenaga manusia bagi melakukan elbbagai aktiviti dalam masyarakat.

b.) menyumbang tenaga bagi menambahkan harta tuannya.

c.) menjadi pegawai kepada tuannya.

d.) menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.

  •  Terdapat dua jenis hamba dalam Masyarakat melayu Tradisional,iaitu;

i. Hamba lelaki- melakukan semua jenis pekerjaan samada berat/ringan

ii. Hamba perempuan- melakukan kerja-kerja ringan di dalam rumah (memasak,mengangkat air)

  • Hamba juga dibahagikan kepada tiga kumpulan utama:

1. Hamba Biasa (hamba abdi-melakukan kerja berat, hamba yang dibeli, dan biduanda.)

2. Hamba Berhutang- orang yang menjadi hamba kerana tidak dapat membayar hutang dan akan menjadi hamba kepada pemiutang sehingga hutang selesai.

3. Hamba Raja.- terdiri daripada tawanan perang atau banduan yang mendapat pengampunan.

 

Dalam stuktur masyarakat Melayu Tradisional ini, setiap lapisan sedar  akan kedudukan masing-masing. Mereka akan menjalankan tugas dan peranan sesuai dengan kedudukan mereka.

Namun, kedatangan British telah merombak sistem sosial atau susun lapis masyarakat Melayu tradisional.

 

 

0 Comments
    Picture

    Archives

    December 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.